Reaksi Sedih Lampard Selepas Menjaringkan Gol Menentang Chelsea

loading...
Frank Lampard masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol penyamaan buat City sekaligus menafikan kemenangan buat kelab lamanya Chelsea. Lampard tidak mer...



Reaksi Sedih Lampard Selepas Menjaringkan Gol Menentang Chelsea
Reaksi Sedih Lampard
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, itulah kata-kata yang sesuai diberikan kepada bekas pemain Chelsea iaitu Frank Lampard. Frank Lampard adalah lagenda buat pasukan Chelsea. Beliau telah banyak mencipta sejarah selama ini ketika berada di kelab Chelsea.
Kali terakhir Frank Lampard berjaya meraikan kemenangan bersama Chelsea dalam memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah, November 2014. Banyak kenangan manis dan pahit beliau dalam pasukan Chelsea. Tidak hairanlah jika hatinya masih berpaut kepada kelab lamanya itu.

Video Reaksi Sedih Lampard Selepas Menjaringkan Gol Menentang Kelab Lamanya, Chelsea

Frank Lampard masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol penyamaan buat City sekaligus menafikan kemenangan buat kelab lamanya Chelsea. Lampard tidak meraikan gol itu dan kelihatan hampir menitiskan air mata.
Selepas tamat perlawanan Lampard pergi kepada penyokong Chelsea seolah-olah meminta maaf dan menerima tepukan dari penyokong Chelsea. Lampard berlalu sambil mengesat air mata.

Lampard Bakal Pulang ke Stamford Bridge?

Lampard sedang menimbang sama ada untuk melanjutkan kontraknya bersama kelab di Liga Major Amerika (MLS), minggu ini selepas tempohnya bersama New York City berakhir.
Dia difahamkan mempunyai pilihan untuk meneruskan kariernya sebagai pemain di Eropah dan MLS bersama kelab Orlando City dan LA Galaxy namun turut enggan menutup peluang menjadi jurulatih dengan Chelsea dikatakan berminat untuk membantunya.
Video Ini Buat Peminat Chelsea Menangis

loading...

0 Response to "Reaksi Sedih Lampard Selepas Menjaringkan Gol Menentang Chelsea"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close